Latarbelakang

Castury mula ditubuhkan pada Ogos 2004 dan telah mula dikenali apabila menjadi kump.nasyid rasmi,dibawah Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB yang dipimpin oleh Abdul Halim bin Abd Hamid.
 
Disamping itu juga Pengurus Castury juga merangkap Ketua BiroNasyid Kelab Kilat Kuala Lumpur telah  menubuhkan sebuah syarikat yang di kenali sebagai Allkind Music Entertainment iaitu sebuah syarikat kecil hasil kerjasama Castury. Dengan berbekalkan pengetahuan dan pengalaman mengenai muzik maka Allkind Music Entertainment ditubuhkan bagi tujuan pengurusan artis dan sebagainya. Berbekalkan modal yang kecil ini Castury mengatur langkah untuk memasuki industri muzik yang serba mencabar.
 
Dengan kerjasama dan sokongan Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB maka lahirlah sebuah Lagu Single pertama yang bertajuk Hanya Pasrah Menanti hasil ciptaan saudara Wan Shah dan lagu ini telah di calonkan dalam program Daurah Nasyid Minggu Ini (NMI) anjuran JAKIM/RTM pada 8 Julai 2007.
 
Castury telah menjadi Juara Mingguan pertama dalam program carta Nasyid Minggu Ini (NMI)pada
30 Disember 2007 setelah berada selama 8 minggu dalam carta Top 5. Nasib menyebelahi Castury sekali
lagi dimana lagu tersebut telah menjadi juara mingguan bermula tarikh 6/1/2008 , 13/1/2008 , 27/1/2008 , 3/2/2008.
 
Castury turut tercalon dalam Anugerah Juara Carta NMI 2008 , untuk kategori Artis Nasyid Baru Popular dan Lagu Paling Lama Dalam Carta. Kini Castury telah tampil dengan album pertama yg bertajuk Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Penghasilan album ini adalah hasil kerjasama pihak Allkind Music Entertainment, Universal Music Malaysia dan Kelab Kilat Kuala Lumpur. Dengan penghasilan album ini, menunjukkan usaha sekian lama telah berhasil. Insyallah dengan sokongan keluarga dan peminat Castury akan melangkah lebih jauh lagi pada masa akan datang.