Tuesday, December 29, 2009

Peruntukan Diluluskan..





Salam Ukhwah....
Alhamdulillah dengan keizinan Tuhan yg maha esa...peruntukkan utk proses penerbitan mini album Castury telah diluluskan. Dana yang disumbangkan oleh pihak Kelab Kilat TNB K.Lumpur ini bakal menjadi pemangkin kepada usaha Castury menerbitkan album ini.

Seterusnya, dorongan serta sokongan dari semua pihak amat kami harapkan bagi menjayakan usaha penerbitan album ini. InsyAllah....

TQ..

Thursday, December 24, 2009

Rakaman Hanya Pasrah Menanti New Version








Setelah selesai rakaman lagu Sandaran Harapan bersama Azwan Fareast, Castury akan memulakan rakaman untuk lagu Hanya Pasrah Menanti versi baru. Kepada penggemar- penggemar nasyid yang mengikuti perkembangan kumpulan Castury, pasti tahu bahawa lagu hanya pasrah menanti
pernah memasuki carta Nasyid Minggu Ini dan pernah ditabalkan sebagai lagu paling lama bertahan dalam carta. Untuk rakaman kali ini susunan muzik telah digubah semula oleh saudara Halim dari kumpulan Devotees untuk memberi nafas baru kepada lagu ini.

Untuk lagu Hanya Pasrah Menanti versi baru ini beberapa elemen muzik telah ditambah bagi mencorakkan lagi susunan muzik di dalam lagu ini. Diharap dengan susunan muzik yg baru serta cara penyampaian yang baru dalam lagu dapat menarik pendengar untuk menghayati lagu dan senikatanya. InsyAllah.

TQ


Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah 1431...





Kepada semua rakyat Malaysia amnya dan penggemar-penggemar nasyid khususnya, kami mengucapkan salam Maal Hijrah 1431. Semoga tahun baru yang mendatang memberi seribu rahmat kepada kita semua.....InsyAllah.

(Kredit to schumeyll)

Tuesday, December 15, 2009

Gambar Di Sebalik Tabir Sesi Fotografi Untuk Mini Album Castury





Di sini Kami lampirkan Gambar-gambar di sebalik tabir sesi fotografi untuk mini album Castury yang akan datang.

Lokasi: Mike Studio, Bangsar
Tarikh: 11/12/2009
Masa: 5.00pm











Gambar Sekitar Proses Rakaman Lagu Sandaran Harapan





Berikut dilampirkan beberapa gambar semasa proses rakaman single terbaru yang bertajuk Sandaran harapan yang sempat kami rakam buat tatapan semua.

Lokasi: Studio Inteam Record, Bdr Sri Damansara
Tarikh : 05/12/2009
Masa: 5.00pm






Wednesday, December 2, 2009

Hanya Pasrah Menanti..








Nie merupakan video clip pertama kumpulan Castury dengan line up yg lama.
InsyAllah untuk lagu single baru ni, juga akan menghasilkan video clip.
Doakan yg terbaik untuk Castury...Amin

Syukran

Tuesday, December 1, 2009

Konsep Cover album...





Tinggal seminggu jer ag kita akan masuk ke tahun baru 1431 Hijrah. So apakah azam thn baru anda..??. Kami Castury semestinya berharap thn baru ni akan memberi rahmat dan kejayaan dalam perjalan career seni kami. InsyaAllah...

So sebagai langkah permulaan menuju kejayaan, kami ingin menghasilkan sebuah album single yg the bez utk semua penggemar nasyid. Oleh itu, kami ingin mendapatkan pandangan drpd anda diluar sana tentang konsep design album single itu nanti. Idea yg datang daripada 10 org adalah lebih baik berbanding idea yg terkeluar drp seorang individu.

Sesungguhnya, kami amat menghargai idea-idea yg kreatif dr anda di luar. Terima kasih sekiranya anda sudi berkongsi bersama kami.

Syukran, Salam Ukhwah