Thursday, December 24, 2009

Rakaman Hanya Pasrah Menanti New Version








Setelah selesai rakaman lagu Sandaran Harapan bersama Azwan Fareast, Castury akan memulakan rakaman untuk lagu Hanya Pasrah Menanti versi baru. Kepada penggemar- penggemar nasyid yang mengikuti perkembangan kumpulan Castury, pasti tahu bahawa lagu hanya pasrah menanti
pernah memasuki carta Nasyid Minggu Ini dan pernah ditabalkan sebagai lagu paling lama bertahan dalam carta. Untuk rakaman kali ini susunan muzik telah digubah semula oleh saudara Halim dari kumpulan Devotees untuk memberi nafas baru kepada lagu ini.

Untuk lagu Hanya Pasrah Menanti versi baru ini beberapa elemen muzik telah ditambah bagi mencorakkan lagi susunan muzik di dalam lagu ini. Diharap dengan susunan muzik yg baru serta cara penyampaian yang baru dalam lagu dapat menarik pendengar untuk menghayati lagu dan senikatanya. InsyAllah.

TQ


No comments:

Post a Comment