Saturday, February 26, 2011

Kehadiran selebriti memeriahkan majlis


Assalamualaikum...
Seminggu sudah berlalu, namun kenangan indah sewaktu Majlis Pelancaran Album Pertama Castury masih lagi berlegar dalam kotak fikiran kami bertiga. Kata orang usah dikenang masa lampau, lebih baik kita terus pandang kehadapan untuk merancang sesuatu yang lebih baik. Namun, bila difikirkan semula, sesuatu yang baik datang dari pengalaman yang berguna. Seperti apa yang terkandung dalam sejarah. Bagi kami, majlis yang berlangsung minggu lepas adalah sejarah dalam karier kami. Jadi tak salah kalau dikenang.

Selain daripada kesudian beberapa pihak penaja menyuntik tajaan di dalam majlis ini, kehadiran beberapa selebriti di Majlis Pelancaran tersebut turut mengundang perasaan terharu kepada kami. Antara selebriti yang hadir:-

1) Ayati Tasrip
2) Azwan Far East
3) Dato' Salwa Abd Rahman
4) Muhammad Devotees
5) Dj Erwan Johari IKIM
6) Francesca Peter

Kehadiran mereka mmg memberi inspirasi kepada kami terutama Francesca Peter yang baru sahaja selesai menjayakan Konsert di Istana Budaya. Kehebatan beliau begitu memberi kekuatan untuk berusaha dalam bidang ini. Tips-tips dan nasihat yang diberikan amat berguna kepada kami sebagai pendatang baru.

Tidak lupa kami kepada rakan-rakan media yang turut hadir seperti dari RTM, Utusan Malaysia dan Kosmo. Sokongan anda semua amat kami hargai walaupun terdapat banyak acara yang lebih besar berbanding majlis kami pada hari tersebut anda semua masih sudi hadir.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong.

Saturday, February 19, 2011

Penajaan Syarikat Koperat untuk Majlis Pelancaran Album Castury











Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Album sulung Castury telah berlangsung dengan meriah di Bilik Pergau, Komplek Sukan Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB. Majlis ini berlangsung dalam suasana cukup meriah. Kejayaan majlis ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjadikan majlis ini sebagai satu realiti. Selain itu, majlis ini juga mendapa suntikan daripada beberapa penaja yang sudi membantu dari segi kewangan dan material. Turut terlibat dalam penajaan adalah syarikat-syarikat koperat seperti Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia. Berikut merupakan senarai penaja yang bekerjasama menjayakan majlis pelancaran album Castury:

1) Tenaga Nasional Berhad
2) Telekom Malaysia
3) Kelab Kilat kuala Lumpur
4) Kassa Boutique
5) Pn Kalavarty

Kami turut berbesar hati kerana ada pihak individu yang sudi memberi tajaan walaupun bukan beragama Islam. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja kerana menjadikan impian kami sebagai satu realiti. Diharap kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.

Sunday, February 6, 2011

Maklumat Majlis Pelancaran Album Castury








Assalamualaikum...

Berikut adalah serba sedikit info tentang Majlis Pelancaran Album pertama Castury, "Seharum Kasturi Wangian Syurgawi" :-

Tarikh: 19hb Februari 2011 (Sabtu)

Masa: 2.00pm - 5.00pm

Tempat : Bilik Pergau , Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB

Kompleks Sukan TNB , Jalan Bangsar


Sebarang pertanyaan sila hubungi

017-2740843 / 016-2654502, atau email kan kepada pihak kami Allkind Music Entertainment :-

abdhalim@tnb.com.my / allkindme@gmail.com

Terima Kasih

Tuesday, February 1, 2011

Majlis Pelancaran Album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan album pertama Castury, "Seharum Kasturi Wangian Syurgawi" berada di pasaran, akhirnya Castury dan Allkind Music Entertainment dengan kerjasama Kelab Kilat Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Pelancaran Album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Majlis ini akan berlangsung pertengahan bulan Februari 2011 bertempat di Kelab Kilat Kuala Lumpur, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar. Majlis ini yang bakal dihadiri oleh pihak media yg terdiri daripada wartawan-wartawan dari media cetak dan elektronik, rakan-rakan artis,peminat, ahli keluarga Castury serta Ahli Jawatan Kuasa Kelab Kilat Kuala Lumpur. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan Castury dengan pihak media,peminat serta rakan-rakan artis. Selain itu untuk mempromosikan produk pertama Allkind Music Entertainment. Diharapkan majlis ini akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.