Monday, November 30, 2009

Blog berwajah baru..






Alhamdulillah, setelah study beberapa cara, akhirnya jumpa jugak cara untuk ubah header blog nie. Insyallah, blog nie akan terus di 'update'kan dari masa ke semasa tak kira dari segi info atau 'appearance' nya. Doakan segalanya berjalan lancar dengan izin Allah s.w.t. Jika ada komen untuk menambah baik appearance atau info dalam blog nie amat lah di alu-alukan.

Syukran

Tuesday, November 24, 2009

Salam Aidil Adha....




















Alhamdulillah, pada 27hb Nov 2009 bersamaan 10 Zulhijjah 1430 umat Islam seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Hari Raya Korban. Pada tarikh ini juga, umat Islam yg mengerjakan fardhu Haji akan berwukuf di Arafah.

Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam di dunia amnya dan kepada penggemar-penggemar nasyid khasnya, semoga perayaan Hari Raya korban ni akan memberi kita pengajaran tentang erti pengorbanan sebenar terutama pengorbanan ke arah perjuangan Islam.

Salam Ukhwah dari kami

Proses Rakaman Album Single





Terima kasih kerana sudi membaca blog kami, diharap hubungan antara kami dan penggemar nasyid akan bertambah rapat lagi dengan adanya blog ini. Kalendar 2009 sudah hampir ke penghujung, dan kami Castury juga sudah membuat perancangan utk hujung tahun 2009 ini. Insyallah, utk bulan Disember ini kami akan masuk studio utk rakaman terakhir lagu Sandaran Harapan. Kemudian, kami juga akan membuat rakaman semula single pertama kami Hanya Pasrah Menanti. Rakaman semula lagu ini adalah untuk memberi nafas baru serta 'arrangement' muzik yg baru. Jika tiada aral, kami juga akan memulakan pengambaran klip video Sandaran Harapan.

Itu adalah antara perancangan yg telah kami rancang utk penghujung tahun 2009. Diharap segala perancangan kami akan dipermudahkan Allah s.w.t serta mendapat keberkatanNya...Amin..

TQ

Monday, November 23, 2009

Konsert Amal Opick 22 Nov 2009






Alhamdulillah, dengan izin Allah s.wt Konsert Amal Opick di Kompleks Dewan Serbaguna TNB berjalan dengan lancar.

Pada malam konsert tersebut juga menampilkan beberapa artis undangan antaranya, kumpulan In Team, Ustaz Akhil Hayy, Pak Abu Sangkan (dari Indonesia) dan tidak ketinggalan kumpulan Castury.

Konsert bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 mlm. Persembahan malam itu dimulakan oleh Opick dengan menyampaikan 4 buah lagu termasuk 1 lagu berduet dengan salah seorang penonton dan satu lagu bersama Ustaz Akhil Hayy. Persembahan seterusnya menampilkan kumpulan In Team dengan 3 buah lagu.

Kemudian pentas diambil alih pula oleh Pak Abu Sangkan. Acara cabutan bertuah menyusul selepas persembahan Pak Abu.

Castury mengisi slot seterusnya dengan membawakan 2 buah lagu. Lagu pertama adalah lagu yg dipopularkan oleh Afgan berjudul Padamu ku Bersujud. Untuk lagu kedua, Castury membawakan single terbaru dimana lagu ini menampilkan Azwan dari kumpulan Fareast.

Persembahan diakhiri dengan Lagu Alhamdulillah dendangan Opick diiringi semua artis jumputan bersama beberapa penonton cilik.

Peluang bersama dengan nama-nama besar ini kami abadikan dalam kenangan.


Persembahan Castury featuring Azwan Fareast

















Castury 09 Blog....






SELAMAT DATANG, AHLAN WAHSAHLAN

Alhamdulillah, setelah berbincang, akhirnya kami bersetuju untuk mewujudkan blog Castury "Seharum Kasturi...Wangian Syurgawi".

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti, pencapaian dan juga pengenalan terhadap kumpulan Castury.

Insyallah, diharap dengan adanya blog ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara penggemar nasyid dan juga kumpulan Castury.

TQ