Wednesday, December 1, 2010

Pengedar Request Album lagi Untuk Edaran..

Assalamualaikum...
Dalam sedar tak sedar kita dah pun berada di penghujung tahun 2010. Semalam merupakan hari pertama kita melangkah ke bulan yang terakhir untuk tahun ini. Bagi kami kumpulan Castury kelahiran album sulung sangat memberi makna sekaligus menjadikan tahun 2010 sebagai tahun yg perlu kami ingati.

Pada 30hb Nov 2010, pihak pengedar telah menghubungi pihak Allkind Music Entertainment untuk membuat permintaan cd album Castury bagi tujuan edaran. Sebanyak 150 unit CD telah diserahkan kpd pihak mereka. Kami berharap proses edaran ini akan berjalan lancar dengan kehendak Allah s.w.t. Kepada yang masih tercari-cari dimana boleh mendapatkan album kami, di sini kami sertakan beberapa tempat yg telah menjual album Castury sebagai tambahan dari senarai sebelum ini:

1) Speedy Video - Sunway Pyramid

2) Speedy Video - Bangsar Village

3) Giant - Kota Damansara


TQ

Castury

Tuesday, November 30, 2010

Promosi @ KLFM 97.2 FM


Assalamualaikum...
Sahabat-sahabat Castury semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Perkembangan Castury yg terbaru, masih dalam rangka promosi album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi, di mana pada 20hb Nov 2010 yg lepas kami Castury dan Ayati Tasrip telah dijemput utk menyerikan segmen Bersama Artis di Salam . FM radio terbitan JAKIM. Segmen tersebut dikendalikan oleh DJ Ida berlansung selama sejam bermula jam 12.00 am sehingga jam 1.00 am. Selain menceritakan latarbelakang dan juga perkembangan terbaru, Castury turut berinteraksi bersama peminat-peminat yg membuat panggilan. Ucapan terima kasih kami kepada pihak Salam.FM terutam pada DJ Ida yang sudi menjemput kami.

Program promosi seterusnya juga melibatkan stesen radio yang mana kami dijemput ke konti KLFM 97.2 FM di angkasapuri KL. Insyallah kami akan ke udara pada 8hb Dec 2010 jam 10.00 pagi. Ini merupakan kali pertama kami akan memasuki konti KLFM dan kami juga teruja untuk berada di sana. Berdasarkan repotasi dan jumlah pendengar yang baik pasti kemeriahannya akan terasa. Doakan yang terbaik utk kami. Jom ramai-ramai dengar KLFM pada tarikh yg dinyatakan tadi.

Tuesday, November 23, 2010

Senarai Outlet yg Menjual album Castury

Assalamualaikum..
Kepada semua sahabat-sahabat Castury. Sebelum nie ramai yg bertanya dan menyuarakan soalan tentang album Castury. Terutamanya soalan " Di mana boleh kami dapatkan album ini?". So kami akan membantu anda semua dengan memberikan lokasi-lokasi yang menjual album Castury. Berikut senarai outlet-outlet yang menjual album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi di seluruh Malaysia :-

1. Artist Gallery – Penang

2. Friendly Music – Ipoh Jusco

3. Far East Music – Ipoh

4. Muzik Ekspress – Shah Alam

5. Eastern Records – Johor Bahru

6. Inverno Records – Melaka Mahkota Parade

7. Rising Music – Seremban

8. Oriental Music – Kluang,Johor

9. Speedy Video – Nationwide

10. Muzikal Suara Emas – Kota Bahru

Senarai di atas merupakan outlet yang sudah mula menjual album Castury pada masa ini. Jika ada yang masih rasa sukar utk mendapatkan nya, jangan risau sebab album ini pasti akan sampai di kawasan yang berhampiran dengan anda tidak lama lagi. Castury juga akan memberi maklumat kpd anda pada masa akan dtg. Terima kasih kerana menyokong kami dan Industri Nasyid Malaysia.

Terima Kasih

CASTURY

Monday, November 1, 2010

Allkind Music Entertainment dan Universal Music Malaysia Bekerjasama











Salam Ukhwah kepada semua sahabat-sahabat Castury....

Alhamdulillah.. Detik-detik penantian kami dan anda bakal berakhir tidak lama lagi. Kelahiran album pertama ini sangat kami nantikan. Kegembiraan kami ini tidak berhenti setakat ini, kerana kami turut menerima khabar gembira daripada sebuah syarikat yang terkenal yang sudi untuk mengedarkan album yang bakal keluar ini. Syarikat yang dimaksudkan adalah Universal Music Malaysia.

Melalui perbincangan antara pihak Allkind Music Entertainment dan Universal Music Malaysia, akhirnya pihak mereka bersetuju untuk mengedarkan album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Persetujuan ini dibuat setelah pihak Universal Music Malaysia mendengar kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini sekaligus berpuas hati dengan mutu lagu yang terdapat dalam album ini. Selain itu pihak Universal Music Malaysia juga berkeyakinan dengan pihak pengurusan Allkind Music Entertainment dan juga kumpulan Castury.

Diharap keyakinan mereka dapat dibayar dengan sambutan daripada anda sahabat-sahabat Castury. Kami mengharapkan album ini dapat memuaskan hati kesemua pihak daripada pihak Allkind Music Entertainment, Universal Music Malaysia seterusnya kepada semua sahabat-sahabat Castury. Insyallah.

Terima Kasih

Castury

Wednesday, October 13, 2010

Seharum Kasturi Wangian Syurgawi..
















Alhamdulillah...
Setelah sekian lama berusaha, pelbagai masalah dihadapi, album "Seharum Kasturi Wangian Syurgawi" dapat juga disiapkan. Album yang mengandungi 7 track ini dijangka akan menemui penggemar-penggemar nasyid pada hujung bulan Oktober 2010 (Hanya beberapa hari saja Lagi). Di dalam album ini terdapat 5 buah lagu penuh, sebuah lagu instrumen dan sebuah lagu minus one. 5 buah lagu penuh itu adalah intro Kau Bernama Kasturi, Diikuti dengan lagu single pertama Castury Hanya Pasrah Menanti yang diberi nafas baru. Kemudian disusuli lagu gandingan Castury bersama Azwan dari kumpulan Far East yang pernah mengisi kedudukan 10 terbaik Carta Nasyid IKIM.Fm selama 4 minggu Sandaran Harapan. Seterusnya lagu Lumrah Kehidupan dengan irama pop adunan komposer Abd Halim Ahmad dari kumpulan Devotees. Lagu terakhir Santun Berpesan hasil ciptaan Adi Akmal (Devotees) yang mengetengahkan rentak tradisional juga bergandingan dengan penyanyi era 90 an Ayati Tasrip. Lagu Hanya Pasrah Menanti Instrumental juga telah diolah dengan menggunakan instrumen gitar bagi pendengar yang meminati lagu-lagu instrumental. Dan pendengar jaga dapat menyanyikan lagu Sandaran Harapan diirngi minus one Sandaran Harapan. Diharap pakej yang Castury sediakan ini dapat diterima selain memenuhi selera penggemar-penggemar muzik dan penggemar-penggemar nasyid khasnya. Dapatkan Album Castury di kedai-kedai berhampiran Hujung OKTOBER 2010.

Sunday, August 1, 2010

Artikel Harian Metro












Klik pada gambar untuk zoom in


Artikel yang di tulis oleh saudari Norhayati Nordin wartawan Harian Metro yang menceritakan tentang perjalanan serta perkembangan kumpulan Castury.

Terima Kasih Kepada pihak Harian Metro yang sudi menerbitkan artikel tentang kami kumpulan Castury. Diharap kerjasama sebegini akan berterusan pada masa akan datang InsyaAllah.

Friday, July 9, 2010

Castury @ Karnival Ulang Tahun IKIM. FM yang ke 9

Assalamualaikum....
Salam kepada semua penggemar nasyid...
Mari kita ramai-ramai memeriahkan karnival ulang tahun ikim. fm yang ke 9 pada 9-11hb julai 2010 ini. Bertempat di stadium melawati shah Alam . Terdapat pelbagai program mendidik jiwa disediakan untuk pengunjung.

Tidak ketinggalan kami Castury turut akan memeriahkan Karnival tersebut dengan mengadakan persembahan dalam sesi nasyid on stage pada hari Ahad 11hb julai 2010. Insyallah jika ada kesempatan kita boleh bertemu di sana..

Terima kasih...

Album Castury

Assalamualaikum....
Maaf sebab lama mendiamkan diri..
untuk makluman semua..Castury agak sibuk sepanjang tahun 2010 ini.
Castury sibuk dengan proses terakhir Album Castury yang bakal siap tidak lama lagi.
Lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album Castury Alhamdulillah sudah siap semuanya...
Album ini memuatkan 4 buah lagu baru termasuk single pertama Castury iaitu Hanya Pasrah Menanti yang diberi nafas baru. Selain itu turut dimuatkan instrumental dan juga minus one..
Sekarang hanya menunggu proses reka bentuk cover Album..

Insyallah..Kalau ada kelapangan kami akan update perkembangan terbaru Castury di Blog ini..
Teruskan menyokong industri nasyid tanah air..

Terima Kasih

Sunday, January 17, 2010

Lagu Baru......





Salam Ukhwah Casturyian.....

Alhamdulillah, sebuah lagi lagu baru akan dimuatkan di dalam album Castury.
Lagu yg masih mendapat sentuhan Halim Devotees manakala lirik di tulis oleh seorang penulis baru yg merupakan org yg dekat dengan kumpulan Castury. Lagu ini masih dalam proses gubahan.
Dikhabarkan lagu ini akan menerapkan elemen RnB bagi memberi lebih variasi dalam album Castury nanti.

Doakan yg terbaik untuk Castury...Amin

TQ

Friday, January 1, 2010

Selamat Datang 2010..





Selamat Tahun Baru 2010.....
Tahun 2010 menjadi tahun yang penting utk Castury, kerana Insyallah dalam tahun ini castury akan mengeluarkan album sulung. Dengan sokongan yang diberikan oleh pihak Kelab Kilat, usaha kuat oleh pengurus saudara Mizee dan komitmen daripada Castury sendiri diharap akan membuahkan hasil. Doakan usaha kami....










TQ