Monday, November 1, 2010

Allkind Music Entertainment dan Universal Music Malaysia Bekerjasama











Salam Ukhwah kepada semua sahabat-sahabat Castury....

Alhamdulillah.. Detik-detik penantian kami dan anda bakal berakhir tidak lama lagi. Kelahiran album pertama ini sangat kami nantikan. Kegembiraan kami ini tidak berhenti setakat ini, kerana kami turut menerima khabar gembira daripada sebuah syarikat yang terkenal yang sudi untuk mengedarkan album yang bakal keluar ini. Syarikat yang dimaksudkan adalah Universal Music Malaysia.

Melalui perbincangan antara pihak Allkind Music Entertainment dan Universal Music Malaysia, akhirnya pihak mereka bersetuju untuk mengedarkan album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Persetujuan ini dibuat setelah pihak Universal Music Malaysia mendengar kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini sekaligus berpuas hati dengan mutu lagu yang terdapat dalam album ini. Selain itu pihak Universal Music Malaysia juga berkeyakinan dengan pihak pengurusan Allkind Music Entertainment dan juga kumpulan Castury.

Diharap keyakinan mereka dapat dibayar dengan sambutan daripada anda sahabat-sahabat Castury. Kami mengharapkan album ini dapat memuaskan hati kesemua pihak daripada pihak Allkind Music Entertainment, Universal Music Malaysia seterusnya kepada semua sahabat-sahabat Castury. Insyallah.

Terima Kasih

Castury

No comments:

Post a Comment