Showing posts with label Terkini. Show all posts
Showing posts with label Terkini. Show all posts

Tuesday, November 24, 2009

Proses Rakaman Album Single





Terima kasih kerana sudi membaca blog kami, diharap hubungan antara kami dan penggemar nasyid akan bertambah rapat lagi dengan adanya blog ini. Kalendar 2009 sudah hampir ke penghujung, dan kami Castury juga sudah membuat perancangan utk hujung tahun 2009 ini. Insyallah, utk bulan Disember ini kami akan masuk studio utk rakaman terakhir lagu Sandaran Harapan. Kemudian, kami juga akan membuat rakaman semula single pertama kami Hanya Pasrah Menanti. Rakaman semula lagu ini adalah untuk memberi nafas baru serta 'arrangement' muzik yg baru. Jika tiada aral, kami juga akan memulakan pengambaran klip video Sandaran Harapan.

Itu adalah antara perancangan yg telah kami rancang utk penghujung tahun 2009. Diharap segala perancangan kami akan dipermudahkan Allah s.w.t serta mendapat keberkatanNya...Amin..

TQ

Monday, November 23, 2009

Castury 09 Blog....






SELAMAT DATANG, AHLAN WAHSAHLAN

Alhamdulillah, setelah berbincang, akhirnya kami bersetuju untuk mewujudkan blog Castury "Seharum Kasturi...Wangian Syurgawi".

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk memberi maklumat berkaitan aktiviti, pencapaian dan juga pengenalan terhadap kumpulan Castury.

Insyallah, diharap dengan adanya blog ini dapat merapatkan lagi silaturahim antara penggemar nasyid dan juga kumpulan Castury.

TQ