Tuesday, November 24, 2009

Proses Rakaman Album Single





Terima kasih kerana sudi membaca blog kami, diharap hubungan antara kami dan penggemar nasyid akan bertambah rapat lagi dengan adanya blog ini. Kalendar 2009 sudah hampir ke penghujung, dan kami Castury juga sudah membuat perancangan utk hujung tahun 2009 ini. Insyallah, utk bulan Disember ini kami akan masuk studio utk rakaman terakhir lagu Sandaran Harapan. Kemudian, kami juga akan membuat rakaman semula single pertama kami Hanya Pasrah Menanti. Rakaman semula lagu ini adalah untuk memberi nafas baru serta 'arrangement' muzik yg baru. Jika tiada aral, kami juga akan memulakan pengambaran klip video Sandaran Harapan.

Itu adalah antara perancangan yg telah kami rancang utk penghujung tahun 2009. Diharap segala perancangan kami akan dipermudahkan Allah s.w.t serta mendapat keberkatanNya...Amin..

TQ

No comments:

Post a Comment