Monday, November 23, 2009

Konsert Amal Opick 22 Nov 2009






Alhamdulillah, dengan izin Allah s.wt Konsert Amal Opick di Kompleks Dewan Serbaguna TNB berjalan dengan lancar.

Pada malam konsert tersebut juga menampilkan beberapa artis undangan antaranya, kumpulan In Team, Ustaz Akhil Hayy, Pak Abu Sangkan (dari Indonesia) dan tidak ketinggalan kumpulan Castury.

Konsert bermula pada jam 9.00 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 mlm. Persembahan malam itu dimulakan oleh Opick dengan menyampaikan 4 buah lagu termasuk 1 lagu berduet dengan salah seorang penonton dan satu lagu bersama Ustaz Akhil Hayy. Persembahan seterusnya menampilkan kumpulan In Team dengan 3 buah lagu.

Kemudian pentas diambil alih pula oleh Pak Abu Sangkan. Acara cabutan bertuah menyusul selepas persembahan Pak Abu.

Castury mengisi slot seterusnya dengan membawakan 2 buah lagu. Lagu pertama adalah lagu yg dipopularkan oleh Afgan berjudul Padamu ku Bersujud. Untuk lagu kedua, Castury membawakan single terbaru dimana lagu ini menampilkan Azwan dari kumpulan Fareast.

Persembahan diakhiri dengan Lagu Alhamdulillah dendangan Opick diiringi semua artis jumputan bersama beberapa penonton cilik.

Peluang bersama dengan nama-nama besar ini kami abadikan dalam kenangan.


Persembahan Castury featuring Azwan Fareast

















No comments:

Post a Comment