Saturday, February 26, 2011

Kehadiran selebriti memeriahkan majlis


Assalamualaikum...
Seminggu sudah berlalu, namun kenangan indah sewaktu Majlis Pelancaran Album Pertama Castury masih lagi berlegar dalam kotak fikiran kami bertiga. Kata orang usah dikenang masa lampau, lebih baik kita terus pandang kehadapan untuk merancang sesuatu yang lebih baik. Namun, bila difikirkan semula, sesuatu yang baik datang dari pengalaman yang berguna. Seperti apa yang terkandung dalam sejarah. Bagi kami, majlis yang berlangsung minggu lepas adalah sejarah dalam karier kami. Jadi tak salah kalau dikenang.

Selain daripada kesudian beberapa pihak penaja menyuntik tajaan di dalam majlis ini, kehadiran beberapa selebriti di Majlis Pelancaran tersebut turut mengundang perasaan terharu kepada kami. Antara selebriti yang hadir:-

1) Ayati Tasrip
2) Azwan Far East
3) Dato' Salwa Abd Rahman
4) Muhammad Devotees
5) Dj Erwan Johari IKIM
6) Francesca Peter

Kehadiran mereka mmg memberi inspirasi kepada kami terutama Francesca Peter yang baru sahaja selesai menjayakan Konsert di Istana Budaya. Kehebatan beliau begitu memberi kekuatan untuk berusaha dalam bidang ini. Tips-tips dan nasihat yang diberikan amat berguna kepada kami sebagai pendatang baru.

Tidak lupa kami kepada rakan-rakan media yang turut hadir seperti dari RTM, Utusan Malaysia dan Kosmo. Sokongan anda semua amat kami hargai walaupun terdapat banyak acara yang lebih besar berbanding majlis kami pada hari tersebut anda semua masih sudi hadir.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong.

No comments:

Post a Comment