Thursday, October 13, 2011

Castury Tercalon sbg Finalist AIM 18


Assalamualaikum, Sekian lama kita x bersua hampir 8 Bulan blog ini sunyi tanpa berita disebabkan kesibukan admin. Sebagai pembuka cerita, satu berita yang membuatkan kami semua tersenyum. Perasaan terkejut dan gembira menyelubungi pihak pengurusan Allkind Music Entertainment kerana segala usaha yang dijalankan telah membuahkan hasil.

Berita gembira ini telah diterima oleh pengurus Castury En. Mizee melalui panggilan telefon dari pihak Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM). Pihak RIM telah memaklumkan bahawa Castury telah berjaya tercalon untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik melalui lagu Santun Berpesan.

Berita ini, merupakan sesuatu yang pasti tidak dapat kami lupakan kerana merupakan satu pencapaian yang terbaik penah kami perolehi. Pencapaian ini juga merupakan pembakar semangat kepada Castury untuk meneruskan perjuangan dalam industri ini. Insyallah berkat usaha dan Doa semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan memberi membuahkan hasil yang baik.

Terima Kasih
Admin

Saturday, February 26, 2011

Kehadiran selebriti memeriahkan majlis


Assalamualaikum...
Seminggu sudah berlalu, namun kenangan indah sewaktu Majlis Pelancaran Album Pertama Castury masih lagi berlegar dalam kotak fikiran kami bertiga. Kata orang usah dikenang masa lampau, lebih baik kita terus pandang kehadapan untuk merancang sesuatu yang lebih baik. Namun, bila difikirkan semula, sesuatu yang baik datang dari pengalaman yang berguna. Seperti apa yang terkandung dalam sejarah. Bagi kami, majlis yang berlangsung minggu lepas adalah sejarah dalam karier kami. Jadi tak salah kalau dikenang.

Selain daripada kesudian beberapa pihak penaja menyuntik tajaan di dalam majlis ini, kehadiran beberapa selebriti di Majlis Pelancaran tersebut turut mengundang perasaan terharu kepada kami. Antara selebriti yang hadir:-

1) Ayati Tasrip
2) Azwan Far East
3) Dato' Salwa Abd Rahman
4) Muhammad Devotees
5) Dj Erwan Johari IKIM
6) Francesca Peter

Kehadiran mereka mmg memberi inspirasi kepada kami terutama Francesca Peter yang baru sahaja selesai menjayakan Konsert di Istana Budaya. Kehebatan beliau begitu memberi kekuatan untuk berusaha dalam bidang ini. Tips-tips dan nasihat yang diberikan amat berguna kepada kami sebagai pendatang baru.

Tidak lupa kami kepada rakan-rakan media yang turut hadir seperti dari RTM, Utusan Malaysia dan Kosmo. Sokongan anda semua amat kami hargai walaupun terdapat banyak acara yang lebih besar berbanding majlis kami pada hari tersebut anda semua masih sudi hadir.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang menyokong.

Saturday, February 19, 2011

Penajaan Syarikat Koperat untuk Majlis Pelancaran Album Castury











Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Album sulung Castury telah berlangsung dengan meriah di Bilik Pergau, Komplek Sukan Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB. Majlis ini berlangsung dalam suasana cukup meriah. Kejayaan majlis ini adalah hasil kerjasama semua pihak yang bertungkus lumus menjadikan majlis ini sebagai satu realiti. Selain itu, majlis ini juga mendapa suntikan daripada beberapa penaja yang sudi membantu dari segi kewangan dan material. Turut terlibat dalam penajaan adalah syarikat-syarikat koperat seperti Tenaga Nasional dan Telekom Malaysia. Berikut merupakan senarai penaja yang bekerjasama menjayakan majlis pelancaran album Castury:

1) Tenaga Nasional Berhad
2) Telekom Malaysia
3) Kelab Kilat kuala Lumpur
4) Kassa Boutique
5) Pn Kalavarty

Kami turut berbesar hati kerana ada pihak individu yang sudi memberi tajaan walaupun bukan beragama Islam. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak penaja kerana menjadikan impian kami sebagai satu realiti. Diharap kerjasama ini akan berterusan di masa akan datang.

Sunday, February 6, 2011

Maklumat Majlis Pelancaran Album Castury








Assalamualaikum...

Berikut adalah serba sedikit info tentang Majlis Pelancaran Album pertama Castury, "Seharum Kasturi Wangian Syurgawi" :-

Tarikh: 19hb Februari 2011 (Sabtu)

Masa: 2.00pm - 5.00pm

Tempat : Bilik Pergau , Kelab Kilat Kuala Lumpur TNB

Kompleks Sukan TNB , Jalan Bangsar


Sebarang pertanyaan sila hubungi

017-2740843 / 016-2654502, atau email kan kepada pihak kami Allkind Music Entertainment :-

abdhalim@tnb.com.my / allkindme@gmail.com

Terima Kasih

Tuesday, February 1, 2011

Majlis Pelancaran Album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setelah hampir 3 bulan album pertama Castury, "Seharum Kasturi Wangian Syurgawi" berada di pasaran, akhirnya Castury dan Allkind Music Entertainment dengan kerjasama Kelab Kilat Kuala Lumpur akan mengadakan Majlis Pelancaran Album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Majlis ini akan berlangsung pertengahan bulan Februari 2011 bertempat di Kelab Kilat Kuala Lumpur, Kompleks Sukan TNB, Jalan Bangsar. Majlis ini yang bakal dihadiri oleh pihak media yg terdiri daripada wartawan-wartawan dari media cetak dan elektronik, rakan-rakan artis,peminat, ahli keluarga Castury serta Ahli Jawatan Kuasa Kelab Kilat Kuala Lumpur. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan Castury dengan pihak media,peminat serta rakan-rakan artis. Selain itu untuk mempromosikan produk pertama Allkind Music Entertainment. Diharapkan majlis ini akan berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Monday, January 24, 2011

Video Klip Terbaru..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, perkabaran gembira drp pihak Allkind Music Entertainment telah kami terima. Pihak AME akan mengeluarkan bajet utk pembikinan video klip terbaru Castury. Video klip pertama ini iaitu lagu "Kau Bernama Kasturi" akan memulakan pengambaran pada 28@29hb Jan 2011 ini. Hasil kerjasama dengan pihak Crome Art Production ini akan memastikan video klip yang terbaik bakal dihasilkan. Insyallah, kesemua lagu yang terdapat dalam album "Seharum Kasturi Wangian Syurgawi" akan tampil dengan video klip masing-masing. Semoga semua usaha ini dapat memuaskan hati semua pihak.

TQ

Castury

Wednesday, January 5, 2011

Aktiviti Promosi Album


Assalamualaikum.
Alhamdulillah, selepas rangka promosi di rancangan MHI TV3 berjalan lancar, Castury akan terlibat dengan beberapa program promosi lagi yang telah diaturkan oleh pihak Allkind Music Entertainment. Antaranya promosi album di program Nasi Lemak Kopi O, TV9 dan ke udara di radio IKIM.FM. Insyallah kami akan bersiaran langsung dalam program Nasi Lemak Kopi O pada 7hb Jan 2011 bersamaan hari Jumaat pada pkul 8.00 pagi. Pada sebelah malam hari yang sama kami akan ke konti IKIM.fm bersama Dj Erwan Johari. Diharap kepada semua sahabat-sahabat Castury dpt menonton serta mendengar di TV dan radio pada masa yang di maklumkan..

Album Castury Boleh didapati di Kedai Nasyid Online


Assalamualaikum
Setelah hampir 2 bulan berada di pasaran, album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi mendapat sambutan yang menggalakkan. Maklum balas yang kami terima daripada sahabat-sahabat Castury yang sudah memiliki album tersebut juga amat baik.Terima kasih kepada semua sahabat Castury yg menyokong perjalanan seni kami. Namun masih ada sahabat-sahabat yg merasakan sukar utk mendapatkan album kami. Di sini kami ingin memaklumkan, album kami juga boleh didapati melalui online di Kedai Nasyid Online. Untuk tempahan sila layari http://nasyeedshop.blogspot.com/.

Promosi di MHI TV3


Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, setelah lama kami mendiamkan diri, akhirnya ada juga berita yang boleh kami kongsi bersama semua. Pagi Rabu 5hb Januari 2011 kami telah dijemput oleh Penerbit MHI TV3 untuk bersama-sama memeriahkan rancangan tersebut. Kedatangan kami ditemani Kak Ayati Tasrip menambah seri persembahan kami pada pagi itu. Kesempatan utk membuat persembahan di program bual bicara yang mempunyai jumlah penonton yang ramai itu jugak sedikit sebanyak telah memperkenalkan Castury kepada umum. Terima kasih kami ucapkan kpd pihak TV3 terutama krew-krew rancangan MHI kerana menyediakan peluang tersebut kepada kami.

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang 2011 dan 1432










Assalamualaikum...
Dalam sedar tak sedar kita semua sudah melangkah ke Tahun Baharu. Bagi kalendar Hijrah kita menyambut tahun baharu lebih awal iaitu pada tanggal 1 Muharam 1432 bersamaan 7 December 2010 pada hari Selasa. Dan tepat jam 12.00 pagi 1 Januari 2011 kita menyambut Tahun baharu untuk kalendar masihi. Masa terus berlalu, begitu juga dengan usia kita semua. Segala pengalaman yg kita lalui sepanjang kita hidup di dunia ini, kita jadikan panduan serta rujukan untuk bekalan di masa akan datang. Ada dua perkara yg perlu kita kenal pasti dengan cermat dan teliti di dalam pengalaman kita ini. Dua perkara itu adalah perkara yang memberi kebaikan dan perkara yg memberi keburukan. Jika kita salah tafsir kedua-dua perkara tersebut, maka pengalaman yg kita lalui sepanjang hidup ini akan jadi panduan yg salah. Jadi, jadikan masa mendatang sebagai suatu yg lebih baik daripada masa lepas, dan itu sepatutnya berlaku kerana masa mendatang yg kita lalui berdasarkan panduan dan rujukan (Pengalaman) yg lebih berbanding sebelumnya. Renung-renungkan.....

F

Terima kasih

Castury

Wednesday, December 1, 2010

Pengedar Request Album lagi Untuk Edaran..

Assalamualaikum...
Dalam sedar tak sedar kita dah pun berada di penghujung tahun 2010. Semalam merupakan hari pertama kita melangkah ke bulan yang terakhir untuk tahun ini. Bagi kami kumpulan Castury kelahiran album sulung sangat memberi makna sekaligus menjadikan tahun 2010 sebagai tahun yg perlu kami ingati.

Pada 30hb Nov 2010, pihak pengedar telah menghubungi pihak Allkind Music Entertainment untuk membuat permintaan cd album Castury bagi tujuan edaran. Sebanyak 150 unit CD telah diserahkan kpd pihak mereka. Kami berharap proses edaran ini akan berjalan lancar dengan kehendak Allah s.w.t. Kepada yang masih tercari-cari dimana boleh mendapatkan album kami, di sini kami sertakan beberapa tempat yg telah menjual album Castury sebagai tambahan dari senarai sebelum ini:

1) Speedy Video - Sunway Pyramid

2) Speedy Video - Bangsar Village

3) Giant - Kota Damansara


TQ

Castury

Tuesday, November 30, 2010

Promosi @ KLFM 97.2 FM


Assalamualaikum...
Sahabat-sahabat Castury semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Perkembangan Castury yg terbaru, masih dalam rangka promosi album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi, di mana pada 20hb Nov 2010 yg lepas kami Castury dan Ayati Tasrip telah dijemput utk menyerikan segmen Bersama Artis di Salam . FM radio terbitan JAKIM. Segmen tersebut dikendalikan oleh DJ Ida berlansung selama sejam bermula jam 12.00 am sehingga jam 1.00 am. Selain menceritakan latarbelakang dan juga perkembangan terbaru, Castury turut berinteraksi bersama peminat-peminat yg membuat panggilan. Ucapan terima kasih kami kepada pihak Salam.FM terutam pada DJ Ida yang sudi menjemput kami.

Program promosi seterusnya juga melibatkan stesen radio yang mana kami dijemput ke konti KLFM 97.2 FM di angkasapuri KL. Insyallah kami akan ke udara pada 8hb Dec 2010 jam 10.00 pagi. Ini merupakan kali pertama kami akan memasuki konti KLFM dan kami juga teruja untuk berada di sana. Berdasarkan repotasi dan jumlah pendengar yang baik pasti kemeriahannya akan terasa. Doakan yang terbaik utk kami. Jom ramai-ramai dengar KLFM pada tarikh yg dinyatakan tadi.

Tuesday, November 23, 2010

Senarai Outlet yg Menjual album Castury

Assalamualaikum..
Kepada semua sahabat-sahabat Castury. Sebelum nie ramai yg bertanya dan menyuarakan soalan tentang album Castury. Terutamanya soalan " Di mana boleh kami dapatkan album ini?". So kami akan membantu anda semua dengan memberikan lokasi-lokasi yang menjual album Castury. Berikut senarai outlet-outlet yang menjual album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi di seluruh Malaysia :-

1. Artist Gallery – Penang

2. Friendly Music – Ipoh Jusco

3. Far East Music – Ipoh

4. Muzik Ekspress – Shah Alam

5. Eastern Records – Johor Bahru

6. Inverno Records – Melaka Mahkota Parade

7. Rising Music – Seremban

8. Oriental Music – Kluang,Johor

9. Speedy Video – Nationwide

10. Muzikal Suara Emas – Kota Bahru

Senarai di atas merupakan outlet yang sudah mula menjual album Castury pada masa ini. Jika ada yang masih rasa sukar utk mendapatkan nya, jangan risau sebab album ini pasti akan sampai di kawasan yang berhampiran dengan anda tidak lama lagi. Castury juga akan memberi maklumat kpd anda pada masa akan dtg. Terima kasih kerana menyokong kami dan Industri Nasyid Malaysia.

Terima Kasih

CASTURY

Monday, November 1, 2010

Allkind Music Entertainment dan Universal Music Malaysia Bekerjasama











Salam Ukhwah kepada semua sahabat-sahabat Castury....

Alhamdulillah.. Detik-detik penantian kami dan anda bakal berakhir tidak lama lagi. Kelahiran album pertama ini sangat kami nantikan. Kegembiraan kami ini tidak berhenti setakat ini, kerana kami turut menerima khabar gembira daripada sebuah syarikat yang terkenal yang sudi untuk mengedarkan album yang bakal keluar ini. Syarikat yang dimaksudkan adalah Universal Music Malaysia.

Melalui perbincangan antara pihak Allkind Music Entertainment dan Universal Music Malaysia, akhirnya pihak mereka bersetuju untuk mengedarkan album Seharum Kasturi Wangian Syurgawi. Persetujuan ini dibuat setelah pihak Universal Music Malaysia mendengar kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini sekaligus berpuas hati dengan mutu lagu yang terdapat dalam album ini. Selain itu pihak Universal Music Malaysia juga berkeyakinan dengan pihak pengurusan Allkind Music Entertainment dan juga kumpulan Castury.

Diharap keyakinan mereka dapat dibayar dengan sambutan daripada anda sahabat-sahabat Castury. Kami mengharapkan album ini dapat memuaskan hati kesemua pihak daripada pihak Allkind Music Entertainment, Universal Music Malaysia seterusnya kepada semua sahabat-sahabat Castury. Insyallah.

Terima Kasih

Castury

Wednesday, October 13, 2010

Seharum Kasturi Wangian Syurgawi..
















Alhamdulillah...
Setelah sekian lama berusaha, pelbagai masalah dihadapi, album "Seharum Kasturi Wangian Syurgawi" dapat juga disiapkan. Album yang mengandungi 7 track ini dijangka akan menemui penggemar-penggemar nasyid pada hujung bulan Oktober 2010 (Hanya beberapa hari saja Lagi). Di dalam album ini terdapat 5 buah lagu penuh, sebuah lagu instrumen dan sebuah lagu minus one. 5 buah lagu penuh itu adalah intro Kau Bernama Kasturi, Diikuti dengan lagu single pertama Castury Hanya Pasrah Menanti yang diberi nafas baru. Kemudian disusuli lagu gandingan Castury bersama Azwan dari kumpulan Far East yang pernah mengisi kedudukan 10 terbaik Carta Nasyid IKIM.Fm selama 4 minggu Sandaran Harapan. Seterusnya lagu Lumrah Kehidupan dengan irama pop adunan komposer Abd Halim Ahmad dari kumpulan Devotees. Lagu terakhir Santun Berpesan hasil ciptaan Adi Akmal (Devotees) yang mengetengahkan rentak tradisional juga bergandingan dengan penyanyi era 90 an Ayati Tasrip. Lagu Hanya Pasrah Menanti Instrumental juga telah diolah dengan menggunakan instrumen gitar bagi pendengar yang meminati lagu-lagu instrumental. Dan pendengar jaga dapat menyanyikan lagu Sandaran Harapan diirngi minus one Sandaran Harapan. Diharap pakej yang Castury sediakan ini dapat diterima selain memenuhi selera penggemar-penggemar muzik dan penggemar-penggemar nasyid khasnya. Dapatkan Album Castury di kedai-kedai berhampiran Hujung OKTOBER 2010.

Sunday, August 1, 2010

Artikel Harian Metro












Klik pada gambar untuk zoom in


Artikel yang di tulis oleh saudari Norhayati Nordin wartawan Harian Metro yang menceritakan tentang perjalanan serta perkembangan kumpulan Castury.

Terima Kasih Kepada pihak Harian Metro yang sudi menerbitkan artikel tentang kami kumpulan Castury. Diharap kerjasama sebegini akan berterusan pada masa akan datang InsyaAllah.

Friday, July 9, 2010

Castury @ Karnival Ulang Tahun IKIM. FM yang ke 9

Assalamualaikum....
Salam kepada semua penggemar nasyid...
Mari kita ramai-ramai memeriahkan karnival ulang tahun ikim. fm yang ke 9 pada 9-11hb julai 2010 ini. Bertempat di stadium melawati shah Alam . Terdapat pelbagai program mendidik jiwa disediakan untuk pengunjung.

Tidak ketinggalan kami Castury turut akan memeriahkan Karnival tersebut dengan mengadakan persembahan dalam sesi nasyid on stage pada hari Ahad 11hb julai 2010. Insyallah jika ada kesempatan kita boleh bertemu di sana..

Terima kasih...

Album Castury

Assalamualaikum....
Maaf sebab lama mendiamkan diri..
untuk makluman semua..Castury agak sibuk sepanjang tahun 2010 ini.
Castury sibuk dengan proses terakhir Album Castury yang bakal siap tidak lama lagi.
Lagu-lagu yang bakal dimuatkan di dalam album Castury Alhamdulillah sudah siap semuanya...
Album ini memuatkan 4 buah lagu baru termasuk single pertama Castury iaitu Hanya Pasrah Menanti yang diberi nafas baru. Selain itu turut dimuatkan instrumental dan juga minus one..
Sekarang hanya menunggu proses reka bentuk cover Album..

Insyallah..Kalau ada kelapangan kami akan update perkembangan terbaru Castury di Blog ini..
Teruskan menyokong industri nasyid tanah air..

Terima Kasih

Sunday, January 17, 2010

Lagu Baru......





Salam Ukhwah Casturyian.....

Alhamdulillah, sebuah lagi lagu baru akan dimuatkan di dalam album Castury.
Lagu yg masih mendapat sentuhan Halim Devotees manakala lirik di tulis oleh seorang penulis baru yg merupakan org yg dekat dengan kumpulan Castury. Lagu ini masih dalam proses gubahan.
Dikhabarkan lagu ini akan menerapkan elemen RnB bagi memberi lebih variasi dalam album Castury nanti.

Doakan yg terbaik untuk Castury...Amin

TQ